PERANAN INDIVIDU TERHADAP MASYARAKAT
Seseorang individu tidak dapat berdiri dengan sendiri malah saling memerlukan antara satu sama lain. Setiap individu mempunyai peranan terhadap masyarakat seperti menjaga kepentingan individu-individu seperti jiran, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
a) Jiran tetangga
Kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat dikalangan masyarakat yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur, tolong menolong dan berkerjasama dengan jiran tetangga. Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana harmoni dan aman.Ia juga membantu negara dalam usaha membangun dan memajukan negara kita. Peranan setiap individu terhadap jiran adalah berdasarkan kepada hal-hal berikut:
4. Semangat integrasi nasional
b)pangilan 103 (operator) tidak dikenakan caj
c)menyediakan pangilan menunggu atau pangilan pindahan secara percuma
17. Kemudahan takaful dan insurans
b)kematian-urusan pengkebumian
a) Jiran tetangga
Kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat dikalangan masyarakat yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur, tolong menolong dan berkerjasama dengan jiran tetangga. Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana harmoni dan aman.Ia juga membantu negara dalam usaha membangun dan memajukan negara kita. Peranan setiap individu terhadap jiran adalah berdasarkan kepada hal-hal berikut:
- Menghulurkan bantuan khususnya ketika kecemasan
- Jiran adalah orang yang paling hampir dengan rumah kita oleh itu segala perkara yang berlaku keatas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya akan terlebih dahulu diketahui oleh jiran kita. Kerana itu, jiran adalah orang yang paling dekat untuk meminta pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan dan kematian. Pertolongan seperti ini amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atas sanak-saudara. Hubungan kajiranan yang baik adalah bila kita sanggup mengetepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Semakin kerap kita menolong jiran, semakin kuat ikatan kejiranan kita.
- Kegala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan banyak lagi dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan pihak berwajib.
- Jiran dapat menjana satu aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat. Pelbagai jawatan kuasa boleh diwujudkan seperti menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Insan Remaja. Maka pelbagai aktiviti dapat disusun bagi memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja seperti kem motivasi dan program jati diri. Program ini dapat dijayakan jika wujud persefahaman dan perkepakatan yang mantap sesama jiran.
4. Semangat integrasi nasional
- Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita bagi memastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal, ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian pendapat antara mereka.
- Amalan ini adalah titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mesra. Membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menghubungkan kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran. Amalan bertagur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesama jiran.
- Meluangkan masa untuk berkunjung ke rimah jiran dapat mengeratkan dan menghidupka lagi semangat hidup berjiran. Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung dan menziarahinya. Ini kerana peluang semasa berbicara yang lebih panjang dan suasana rumah yang tenteram memunkinkan kita mengenali dan menyelami suka dan duka jiran secara lebih dekat.
- Aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan perumahan, masjid, balai raya, membaiki rumah atau jambatan akibat banji, ribut dan kebakaran sememangnya dapat memupuk dan menyemai semangat kejiranan.
Orang kurang upaya merujuk kepada individu yang memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam komuniti. OKU boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut kekurangan yang dialaminya seperti :
a)kecacatan perkembangan (terencat akal)
b)cacat anggota
c)cacat penglihatan
d)cacat pendengaran
e)cacat pembelajaran
f)autisme
g)bisu
Orang yang cacat penglihatan, perlu kepada kamahiran membaca dan menulis Braille sebelum mereka baloh mengunakan kemahiran itu untuk membelajar atau mendapat pendidikan untuk hidup berdikari. Orang yang cacat pendengaran perlukan kemahiran memehami dan mengunakan bahasa isyarat. Justeru, beberapa bentuk keistimewaan dan kemudahan yang khas diberikan kepada golongan OKU di negara kita seperti berikut :
1. Sukan
- Majlis Paralympik Malaysia ditubuhkan bagi menggalakkan sukan dan rekreasi di kalangan OKU. Jabatan dan NGO bersama-sama menganjur dan menggalakkan OKU di dalam berbagai-bagai bidang sukan dan riadah. Skim insentif bagi ahli-ahli sukan OKU dan hadiah-hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang atlit-atlit di kejohanan-kejohanan Sukan Antarabangsa disediaka
- Untuk menggalakkan OKU menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, satu kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya ditubuhkan dan satu tabung dilancarkan bagi memudahkan kumpulan ini menjalankan aktiviti dan latihan.
- Kementerian pendidikan dibawah jabatan pendidikan khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat penglihata, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program ini dijalankan di sekolah Khas pendidikan dan melalui progrom intgrated di sekolah biasa. Kerajaan mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukkan pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian. Pelajar yang berjaya meraka akan mendapat alaun bulanan RM 300 sebulan.
- Satu jawatan kuasa ditubuhkan untuk memastikan OKU ada akses tanpa halangan dalam mengunakan kemudahan-kemudahan awam. Jabatan Kebajikan Masyarakat mengalakkan berbagai kemudahan diwujudkan bagi membolehkan OKU bergerak bebas. SRIM telah merangka kod amalan akses bagi OKU kebangunan awam yang mana telah menghasilkan pidahan Undang-Undang Kecil Bangunan Serakam 1984 berkaitan dengan kehendak bangunan untuk OKU dimana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada OKU antaranya termasuklah"ram" dan"railings", laluan yang bersesuian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta dan tandas khas.
- Kerajaan memerluaskan potongan cukai berganda kepada majikan yang mengambil pekerja OKU. Kerajaan juga menambahkan pelepasan pengucualian cukai bagi ibu bapa yang mempunyai anak OKU dibawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi rebet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibu bapa yang kurang upaya.
- Jabatan mengalakan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada OKU. Antara syarikat pengangkutan yang memberi insentif pengangkutan kepada OKU ialah sistem penerbangan Malaysia, syarikat bas tranasional dan putra-Lrt.
- OKU dikecualikan daripada membuat bayaran rawatan di hospital kerajaan termasuk bayaran wad kelas 3, bayaran pakar dan ubat-ubatan.
- Jabatan imigresen mengecualikan bayaran keatas perhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan kepada golongan kurang upaya.
- Komitment kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 10/1988 yang dikeluarkan dimana 1% peluang pekerjaan di sektor awan diperuntukan kepada OKU. Bagi sektor swasta Jawatankuasa Penggalakan Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan. Dibawah Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian OKU di sektor swasta yang merupakan satu garis panduan kepada agensi kerajaan, majika, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan OKU serta OKU sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja OKU berkerja di sektor swasta. Bagi OKU, mereka boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah.
- Kerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 50% keatas pembelian kereta atau motorsikal Malaysia bagi OKU yang berkeupayaan memandu dan tidak berkeupayaan memandu. Bagi OKU yang tidak keupayaan memandu, mereka boleh mendapat kemudahan tersebut dengan syarat pihak kedua (ibubapa/isteri) boleh memandu bagi pihak mereka.
- Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan keatas semua perlatan yang di reka khas untuk kegunaan OKU.
- Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.
- Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan latihan kemahiran dan pemulihan diri di institusi jabatan. Perkhidmatan ini hanya kepada kanak-kanak kategori kurang upaya anggoto dan akal sahaja.
- Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu OKU yang berpendapatan rendah atau ingin menjalankan perniagaan kecil dengan menyediakan peruntukan geran pelancaran berkadar maksimum RM2000.
- Jabatan menggalakkan penyertaan aktif dan sumbangan daripada sektor swasta/koprat untuk memainkan peranan yang lebih besar bagi kebajikan OKU dengan hasrat kerajaan untuk menuju kearah masyarakat penyayang menghadapi wawasan 2020 dan menepati dasar kebajikan masyarakat negara.
- Syarikat telekom Malaysia menyediakan kemudahan kepada golongan OKU seperti berikut :
b)pangilan 103 (operator) tidak dikenakan caj
c)menyediakan pangilan menunggu atau pangilan pindahan secara percuma
17. Kemudahan takaful dan insurans
- Menyediakan takaful dan insurans bagi OKU merangkumi perlindungan bagi
b)kematian-urusan pengkebumian
c)keilatan kekal (kurang upaya) akibat penyakit
d)keilatan kekal akibat kemalangan
e)perbelanjaan perubatan kecederaan akibat kemalangan
c) Warga Emas
Warga tua dianggap sebagai individu yang berumur 55 tahun keatas. Justeru, peranan individu terhadap golongan ini adalah berbeza-beza oleh setiap pihak.
a) Peranan kanak-kanak terhadap warga emas
- Kanak-kanak harus dididik tentang kasi sayang dan penghormatan yang semestinya diberikan kepada ibubapa yang telah tua. Mereka juga menyedari tentang tanggungjawab mereka kepada golongan ini. Dengan adanya kesedaran ini golongan muda tidak akan cuba lari dari tanggungjawab tersebut. Penghormatan terhadap warga tua hendaklah ditunjuk oleh majikan dan agensi-agensi berkenaan.
- Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang pihak majikan dan agensi berkenaan telah diseru untuk mengatur program agar memenuhi objektif tersebut.
- Badan kebajikan dan NGO telah mengatur langkah untuk mengenang budi warga emas. Contohnya, pesara biasanya diraikan dengan majlis yang menonjolkan sumbangan mereka. Sesetengah badan swasta menawarkan tambang istimewa untuk warga tua.
No comments:
Post a Comment